Tsabat (kekalkan) Pembelajaran/ Hifz alQuran dengan Teknologi

AL-QURAN ibarat lilin yang menerangi hidup insan.

Meletakkan al-Quran sebagai keutamaan dalam hidup, bererti kita perlu menjaganya mengikut kemampuan kita sama ada bacaan, kefahaman, hafazan mahupun amal terhadap wahyu alQuran itu sendiri. Malah, kita perlu luangkan masa kita untuk sentiasa bersama alQuran.

Dalam kesibukan harian, otak kita mudah beralih fokus. Justeru, kita memerlukan jadual yang tersusun supaya otak kita tidak melupakan keutamaannya seperti apa yang ustaz/ustazah ajar, kita terus cuba ulang di rumah atau selepas dan sebelum solat.

Mengulang atau lebih sinonim dengan perkataan Muraja’ah di kalangan pelajar maahad, sangat penting supaya pelajaran dan penjagaan alQuran itu berterusan. Harian kita contohnya setengah atau suku muka surat sehari, maka selesaikan bacaan atau hafazan itu pada pagi hari berkenaan.

Tambahan pula, sekarang sudah ada banyak ‘apps’ yang membantu kita untuk sentiasa bersama alQuran. Contohnya, ‘nakhtim’ iaitu satu app yang akan sentiasa memaparkan satu ayat alQurn setiap kali kita membuka telefon pintar.

 Disamping itu, boleh juga kita menetapkan anak anak supaya membaca atau menghafaz satu ayat sebelum keluar bermain atau sebelum pergi ke sekolah terutamanya kerana waktu pagi antara waktu yang paling baik untuk pembelajaran dan hafazan.

 InshaAllah, dengan adanya usaha kita dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam pembelajaran alQuran, Allah akan mudahkan urusan kita dan memudahkan kita terhadap alQuran itu sendiri.

Leave a Reply

Close Menu