Al-Quran vs Usia

WTajuk yang mungkin nampak simple, tetapi ia menjadi dilema yang terpaksa dilalui bagi satu skop golongan masyarakat, iaitu golongan dewasa dan ‘sudah berusia’. Bagi golongan muda, usia bukanlah menjadi masalah lantaran diri yang masih bertenaga, dan umur yang masih muda dan jauh dari persepsi negatif masyarakat yang suka mengkritik. Tetapi, bagi mereka pula, kadang-kala masa pula yang menjadi masalahnya. Kehidupan yang sibuk dengan kerjaya ditambah pula dengan pelbagai komitmen di sisi menjadikan pertarungan dengan masa menjadi lebih sengit. Maka, timbullah ungkapan seperti, “nanti tualah saya belajar, sibuk ni”, “Saya kerja, balik malam, mana ada masa nak belajar” dan sebagainya.

Sebagai golongan pendidik, kita tidak boleh memandang mudah dengan alasan yang diberikan lantaran kita tidak pernah berada di tempatnya. Persoalan keberkatan masa pula tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan sebagai satu jawapan ‘deep’ dan bukan juga lesen untuk kita menjadi hakim kepada situasi mereka.

 Bagi sesetengah golongan yang telah berusia dan dewasa, berkemungkinan masa bukan lagi menjadi masalah utama lantaran anak-anak yang sudah meningkat dewasa ditambah pula dengan diri yang sudah tidak bekerja dan sebagainya. Tetapi, golongan ini terpaksa pula menghadapi persepsi negatif yang ditimbulkan oleh segolongan netizen yang agak memandang sinis pada mereka yang belajar Al-Quran di usia dewasa ditambah pula sekiranya tenaga pengajarnya terdiri dari golongan muda. Persepsi yang berkemungkinan wujud seperti sindiran ‘pedas’ seperti “Ai pakcik, dah tua-tua baru belajar Iqra’?”, pusat pengajian yang hanya dipenuhi golongan muda, dan sebagainya.

Malah, keadaan mungkin bertambah sukar sekiranya mereka tidak pernah belajar dan baru bertatih membaca Al Quran dan menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk menuturkan setiap perkataan dalam Al-Quran. Masyarakat suka menyebut keadaan ini dengan ‘lidah sudah keras’. Tetapi, tidak dinafikan juga perasaan dalaman yang negatif yang wujud dengan sendirinya seperti malu, rasa menyesal tetapi tak tahu nak buat apa, berharap ada orang yang membantu tetapi tanpa usaha, keegoan yang tinggi, rasa ‘selesa’, dan sebagainya yang mana tiada kaitan dengan persekitaran membantutkan juga diri mereka untuk mempelajari Al-Quran.

Fenomena

Alhamdulillah, dewasa ini, kita melihat perkembangan Al-Quran itu semakin menyinar. Kalau dahulu, golongan dewasa dan berusia ini mungkin mengalami sedikit kesukaran dalam mencari pusat pengajian ataupun kelas-kelas kecil yang membuka kelas bagi golongan seperti mereka. Tetapi, keadaan mungkin sudah berubah. Kita dapat melihat terbinanya banyak kelas Al-Quran di surau mahupun di masjid, serta pusat-pusat pengajian Al-Quran di seluruh Malaysia. Mereka telah membuka peluang bagi golongan seperti ini untuk bersama-sama belajar Al-Quran sama seperti golongan muda. Masyarakat sekarang juga lebih terbuka dalam mendalami ilmu agama Islam melalui wujudnya kelas Talaqqi Kitab, kuliah kaum Muslimat di sesetengah masjid, kemudahan media massa dan sebagainya.

Tambahan pula, wujud juga kelas pengajian yang berteknik. Contoh yang terdekat yang kita boleh lihat ialah Al-Baghdadi Learning Center. Pusat pengajian ini menawarkan pengajian Al-Quran kepada masyarakat seawal berumur 7 tahun sehingga 70 tahun. Dengan kemudahan yang kondusif, persekitaran pusat pengajian yang lebih harmoni, panduan buku yang mudah untuk difahami, serta tenaga pengajar yang telah diajar dengan kursus-kursus pengajian yang berteknik menjadikan para pelajar mudah untuk belajar Al-Quran. Selain daripada itu, dengan anugerah demi anugerah yang diperolehi oleh Al-Baghdadi Learning Center atau singkatannya A.L.C menjadikan pusat pengajian ini semakin matang dalam memandu masyarakat dalam mengenal Al-Quran. Selain daripada itu, setiap tenaga pengajar juga telah didedahkan dan diisi dengan teknik Al-Baghdadi yang telah terbukti berkesan dalam membantu pelajar untuk lebih mudah menghafal dan mengenal Al-Quran.

 Malu?


Sesungguhnya Islam mengkategorikan malu sebagai salah satu daripada Iman. Tetapi, adakah malu belajar itu dikira malu yang menepati sudut pandang Islam. Dalam Islam, antara malu yang biasa kita dengar adalah malu kepada Allah ketika mahu melakukan maksiat, malu untuk membuka aurat lantaran ia bertentangan dengan ajaran Islam dan sebagainya. Tetapi, Islam tidak menetapkan malu dalam melakukan ketaatan. Sebagai contoh, malu untuk menegur orang yang sedang melakukan kemungkaran adalah bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri yang mewajibkan seseorang itu mencegah kemungkaran dengan cara yang dibenarkan Islam.

Hukum

Mempelajari Al-Quran hukumya wajib berdasarkan hadis di bawah: Sabda Rasulullah SAW:

“Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimah”


Kita semua berpendapat bahawa solat itu wajib, tetapi adakah sempurna solat jika kita tidak pandai membaca Al Quran? Maka belajar membaca Al Quran hukumnya wajib. Dalam masyarakat kita masih menganggap remeh tentang belajar Al Quran ini.Tetapi ketahuilah apabila membaca surah yang wajib dibaca dalam solat iaitu Al Fatihah dalam keadaan tajwid yang tidak betul adakah solat kita sah?

Solusi?

Hakikatnya kami bukanlah orang yang terbaik dalam memberikan solusi, cuma, mungkin ada beberapa solusi yang difikirkan relevan buat golongan seperti ini. Antaranya,

1. Mencari guru Al-Quran khas yang boleh mengajar di rumah secara ‘personal’
2. Menghadiri kelas pengajian Al-Quran ‘golongan berusia’  yang terdapat di sesetengah surau ataupun masjid
3. Menghadiri kelas pengajian Al-Quran berkonsepkan ‘Tuisyen’ dan berteknik seperti Al-Baghdadi dan sebagainya
4. Memahami dengan lebih mendalam berkenaan kefadhuan dalam mempelajari Al-Quran
5. Meminta bantuan saudara-mara yang terdekat yang pandai Al-Quran untuk mengajarkannya
6. Belajar melalui media elektronik dan media massa seperti YouTube, Rancangan Al-Quran di televisyen dan sebagainya (tidak disyorkan kerana lebih baik berguru)

Kesimpulan

Oleh yang demikian, persoalan umur mungkin sudah tidak boleh menjadi kayu ukur. Terpulang pula kepada kalian untuk belajar atau tidak. Apapun, mungkin wujud faktor lain yang masih menghalang seperti masih sibuk dengan kerja, anak-anak yang masih kecil dan perlukan bantuan kewangan, faktor kewangan yang perlu dilaburkan dan sebagainya. Hakikatnya, apa yang boleh saya katakan adalah rezeki itu dari Allah dan kewajipan belajar tidak pernah berubah mengikut situasi lantaran salah satu surah dalam Al-Quran itu menjadi rukun dalam solat yang setiap hari wajib kita tunaikan. Bagaimana mungkin solat itu menjadi sah sekiranya kita tidak pandai mahupun masih salah dalam membaca Al-Fatihah.

 Sudah tiba masanya untuk kita bersedia untuk kehidupan akhirat kita. Tua ataupun muda bukanlah persoalannya, tetapi yang menjadi persoalan utamanya adalah mahu atau tidak sahaja untuk kita terus mempelajari Al-Quran. Tepuk dada tanyalah iman anda. Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan negara akhirat adalah tempat tinggal asal kita yang kita bakal kekal di sana. Percayalah, kita tidak pernah rugi dalam belajar Al-Quran tetapi kitalah yang rugi sekiranya kita meninggalkannya.


Kami tinggalkan post ini dengan satu Hadith Rasulullah SAW,

Dari Aisyah radhiallahu ‘anhu, katanya: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
”Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala. ”
(Hadits Muttafaq ‘Alaih).


Semoga post kali ini memberi panduan dan ilmu buat para pembaca dan membuka hati para pembaca untuk bersama-sama belajar Al-Quran.

JOM BELAJAR AL-QURAN BERSAMA KAMI!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Ustajah Hana : +6011-3933 6339

Sekian, terima kasih.

 

This Post Has One Comment

  1. Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Close Menu